Tuesday 1 December 2015

maaf

Maaf. Bunyinya biasa tapi kesannya hebat. Tanpa ungkapan maaf, kau kan dianggap sombong. Maaf bukan bererti kalah. Tidak semestinya juga salah. Tapi ia lambang kematangan mu. Dan kadang-kadang memaafkan pula bukan kerana mereka layak menerima, tetapi kerana kau berhak untuk dapatkan ketenangan. Andai marah melebihi 10 minit, itu bukan lagi marah, tapi dendam. Dan hanya dengan kemaafan dapat memadamkan api kesumat itu. Ya. Manusia itu bukan Maha Pengampun seperti mana Allah SWT, tapi andai sepatah kata maaf pun tak keluar dari mulut mu, manakan kau tahu hatinya seperti apa. Rendahkan ego mu hai manusia. Kerana ego mu itu yang akan memamah hatimu sehingga sebati dalam adunan dendam yang tak berhabisan. Yang pasti jauh sekali dengan ketenangan. Apakah kau mahu hayat mu berakhir begitu?

No comments:

Post a Comment